SHAH ALAM: Cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dibuat Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham adalah tidak berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam perkara dasar pentadbiran hal ehwal Islam.
Katanya perkara dasar termasuk isu-isu dasar perundangan dan kehakiman syariah melibatkan urusan umat Islam akan dirujuk MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selain merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri.
"Oleh yang demikian, semua pihak adalah diseru supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang kegelisahan awam. Semua pihak perlu memberikan sepenuh keyakinan serta ruang kepada Jawatankuasa Khas untuk menjalankan peranannya dengan penuh profesional dan berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil kajian, pandangan dan syor yang dicadangkan jawatankuasa khas itu akan dibentangkan dalam MKI serta Majlis Raja-Raja, dan menurutnya mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu telah berlangsung pada 5 Dis lepas.
Jawatankuasa khas itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, wakil Majlis Agama Islam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Mahkamah Syariah, ahli akademik dan pengamal undang-undang.
Mohd Na'im berkata kesemua anggota yang dilantik dalam jawatankuasa khas itu masing-masing mempunyai kepakaran dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sivil dan undang-undang Syariah dan berkelayakan untuk membuat kajian, memberikan pandangan dan sumbang saran.
"Ini bagi memastikan jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni dapat dibuat bagi menyelesaikan semua isu yang berbangkit dalam perkara ini demi memartabatkan dan memperkasa perundangan Syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini.
"Anggota Jawatankuasa Khas yang telah dilantik pada masa ini untuk menjalankan tanggungjawab ini adalah memadai mengambil kira bidang kepakaran masing-masing," katanya.
Beliau berkata jawatankuasa khas itu ditubuhkan untuk mengkaji isu-isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Mohd Na'im berkata jawatankuasa khas itu ditubuhkan bertujuan mengkaji isu berkenaan dengan kompetensi DUN dan bidang kuasa mahkamah syariah sepertimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri. - Gambar fail
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Polis teruskan siasatan kes khianat api rumah MP Beruas
Polis masih meneruskan siasatan bagi menjejak suspek dalam kes khianat api terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
Suspek khianat kediaman Ngeh Koo Ham disambung reman sehari lagi
Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan lelaki berusia 30-an dilanjutkan reman selama sehari bagi membantu siasatan.
Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik
Lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kebakaran kediaman Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Rabu lalu bukan ahli politik.
Lelaki ditahan berhubung kes lontar 'molotov cocktail' ke rumah Ngeh
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi Jumaat.
Meluhuri anak watan sebagai pasak negara bangsa Malaysia
Kestabilan politik di Malaysia amat bergantung dan diimbangi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan yang sah bagi etnik-etnik lain.
'Elak mengapi-apikan isu berbangkit libat agama, kaum'
Katanya, apa sahaja isu yang berlaku dalam negara sering dimanipulasi untuk menghangatkan sentimen kaum dan agama.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
Insiden khianat api di rumah Ngeh: Polis telah rakam keterangan tujuh saksi
Polis telah mendapatkan keterangan dari tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
Campur urusan Islam, polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham
Polis membuka kertas inkuiri (KEP) berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Bakar kereta: 'Perbezaan pandangan tidak mewajarkan tindakan melampau batas' - Takiyuddin
Pas memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang dilakukan ke atas kediaman Koo Ham.